Kesejahteraan Kewangan Hari Tua

Penduduk Malasia di jangka akan hidup lebih lama di bandingkan dengan generasi masa lepas. Pergantungan kepada wang untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian menjadikan wang penting dalam kehidupan hari ini dan juga di hari tua. Pengecilan bilangan ahli keluarga mengurangkan sokongan sosial yang boleh di dapati semasa hari tua. Peningkatan kos sara hidup akan di jangka meningkatkan lagi kos hidup di masa hadapan. Pada masa yang sama apabila menjangkau umur lanjut, sesaorang mungkin mengalami penurunan tahap kesihatan. Apa yang bakal di alami semasa usir tua bergantung kepada cara gaya kehidupan semasa muda. Mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan lain lain biasanya akan terus menghidapi penyakit tersebut sehingga akhir hayat dan wang di perlukan untuk rawatan serta penjagaan.

Kajian yang di jalankan di Institut Gerontologi yang kini di kenali sebagai Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia(MyAgeing) menunjukkan bilangan orang muda  yang memikirkan hari tua mereka masih rendah. Malahan terdapat sebilangan kecil mereka yang akan bersara dalam jangka kurang daripada 2 tahun tidak pernah memikirkan mengenai hari tua mereka. Kesibukan menjalani kehidupan harian menghalang individu memikirkan hari tua dan amalan ini wajar di ubah supaya kesemua rakyat Malaysia memikirkan kehidupan hari tua supaya semua boleh hidup sejehtera sehingga akhir hayat.

Gaya hidup mengguna yang berlebihan akan membuatkan individu atau keluarga sentiasa tidak cukup wang untuk menyimpan. Setiap orang wajar menjadikan simpanan sebagai perbelanjaan. Dalam lain perkataan simpanan adalah perbelanjaan untuk masa hadapan. Pepatah Melayu sedikit sedikit akhirnya menjadi bukit perlu di budayakan supaya kita mempunyai wang yang cukup untuk kegunaan hari tua. Anak anak perlu di latih menyimpan dan panduan yang di guna pakai adalah setiap satu ringgit yang diterima sepuluh sen wajar di simpan. Sebaiknya setiap satu ringgit, tiga puluh sen perlu di simpan.

Sempena bulan Ramadan tahun ini marilah kita mula membudayakan amalah menyimpan untuk hari tua dengan mengurangkan perbelanjaan membeli belah di bulan Ramadan dan menyimpan wang yang di jimatkan untuk masa hadapan.

InshaAllah dalam penulisan akan datang saya akan berkongsi hal berkaitan kewangan dengan harapan dapat membantu kita semua menguruskan kewangan untuk kesejahteraan hari tua kita.

Advertisements

One thought on “Kesejahteraan Kewangan Hari Tua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s